Bila Gearbox Myvi Rosak

Filed under: Life Log — nixk March 7, 2009 @ 5:33 am

Semasa pulang dari pejabat, saya berhenti seketika di Stesen minyak Mobil, Sri Rampai untuk menjamu selera ayam madu di  stesen tersebut. Setelah kenyang ‘melantak’, saya bergegas kembali ke kereta Myvi yg dibeli hampir 3 tahun itu.

Enjin dihidupkan seperti biasa. Kemudian, saya cuba untuk reverse seperti biasa dari parking.Tiba-tiba, kereta tidak bergerak. Saya hairan. Saya cuba masuk gear ke depan dan kereta bergerak.
“Argh! Gear reverse problem!” Saya menepuk stering kereta dgn tangan.Geram.
Ingatan saya tak lain tak bukan…
“Gear box problem! Ni mesti mahal ni! Iskkk..”

Saya membuka kereta, masukkan gear free, dan menolak kebelakang menggunakan kaki untuk reverse ke belakang supaya kereta dapat keluar dari parking lot. Alhamdulillah, berjaya juga selamat sampai kerumah dalam keadaan memandu tanpa menggunakan gear reverse.

Hujung minggu itu, saya menghantar kereta menuju Perodua Service Center. Sebetulnya sepanjang kehadiran myvi ini disisi, tidak pernah dihantar ke mana-mana workshop selain Perodua, apatah lagi di Perodua Bolton,Gua Cave ini yang terkenal dgn servis yg cukup baik sekali & layanan mesra dari para staf.

Tahun 2009: Senja mula kelihatan

Filed under: Life Log — nixk January 12, 2009 @ 6:10 am

2009! Saya mula terasa sedikit dimamah usia.

Dgn usia sebegini, yang masih tidak mempunyai anak kecil lagi, sebaliknya ruang itu diisi oleh kenakalan anak2 kakak yg comel serta cute.Lucu, usah mimpi anak kecil, ibu kepada anak² kecil itu juga masih belum ditemui disunting. :p

Tahun 2009 ini, diharap membawa kegembiraan. Tahun 2008 yg lalu boleh dikatakan satu tahun yang mengandungi banyak manis dari masamnya. Memori gembira lebih banyak dari memori duka. Bahkan, sekiranya digambarkan, tahun 2008 ini lebih kepada tahun yang tidak memeningkan kepala saya. Syukur.

Apa yang diharapkan pada tahun ini? Saya berharap agar application saya untuk bekerja di tanah Arab diterima. Saya masih menunggu 2nd interview yang dikatakan akan dijalankan pada bulan depan. Sekiranya berjaya bekerja di sana, baru saya mula memasang azam baru. Dalam erti kata lain, ianya bottleneck yg perlu saya lepasi.

Kerja, Resign & Lompat kerja

Filed under: Life Log — nixk September 24, 2008 @ 8:13 am

“Aku dah nak berhenti kerja, nixk.” Tiba-tiba Zul memecah keheningan pagi ini.
“Uik? Hujan tak, ribut tak, tetiba nak berhenti? “ Saya tersentak seketika.Kaget.Apa masalah Zul sehingga tiba-tiba dia ingin berhenti kerja?
“ Aku dah dapat kerja yg aku pergi interview hari tu.” Zul tersenyum. Saya juga turut tersenyum. Dia mula bercerita panjang mengenai kerja barunya itu dgn rancak.

Hari ini, sahabat baik saya, Zulhilmi merangkap rakan teknikal di opis ini telah pun bersiap sedia dgn surat resignnya. Agak menjadi sedikit igauan ngeri pada I.T department bila satu-satunya teknikal person yg diharapkan selama ini, mengatur langkah menjenguk seketika udara segar di syarikat lain, tanpa menoleh kebelakang lagi.

Gelak tawanya selepas ini, sudah tidak berada di ruang legar ofis ini. Jasadnya dan nafasnya, walaupun masih berada disini, tapi hati dan jiwanya sudah merayau-rayau di syarikat barunya, bersama tekad dan azam baru. Mmg itu agaknya tanda-tanda orang yang tekad untuk melangkah pergi. Saya kira, sekiranya saya mendapat kerja baru nanti, mungkin perkara sama juga akan berlaku. Bekerja tidak sepenuh hati untuk menghabiskan sisa-sisa masa di company lama.

Permatang Pauh: Mengapa Anwar Menang dgn Majoriti Lebih Besar?

Filed under: My Thoughts — nixk August 27, 2008 @ 9:08 am

 ” Ini adalah Kemenangan Rakyat,”

“This is the people’s victory.We demand change. We want freedom. We don’t want to live with corruption and oppression.” 

Itu kata-kata saudara Anwar sejurus selepas mendapat kemenangan ini di Permatang Pauh.

Saya enggan mengulas bagaimana proses pilihanraya ini berjalan. Kerana saudara sekalian boleh membaca di dada-dada akhbar. Saya sekadar ingin menyampaikan sedikit pandangan, atau mungkin juga boleh disebut sebagai satu analisis analisa pilihanraya Permatang Pauh (ibu segala pilihanraya Malaysia), daripada kaca mata seorang rakyat Malaysia, yang mana kebetulan satu ketika dahulu pernah menjadi petugas PKR di Parlimen Shah Alam untuk membantu saudara Ezam didalam pilihanraya umum ketika itu,  sebelum akhirnya, Ezam kembali kepada Umno untuk “menjilat kembali ludahnya yg penuh hanyir itu”.

Ini adalah satu kemenangan untuk Anwar secara khasnya yang mengetuai Pakatan Rakyat, dan pada masa yang sama faktor kemenangan ini telah dibantu dgn kepincangan-kepincangan yg wujud didalam Barisan Nasional.

Lee Chong Wei melangkah ke Final Olimpik Menentang Lin Dan Untuk Pingat Emas Pertama Negara

Filed under: Review — nixk August 17, 2008 @ 2:34 pm

Bila Lee Chong Wei  (LCW) mendapat mata kemenangan keatas  Lee Hyun-il di Semi Final sukan Olimpik, sekaligus mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak di tangan Malaysia dan akan melangkah ke final bagi merebut pingat emas menentang Lin Dan. LCW terus terdampar di atas gelanggang seolah-olah dia mendapat kelegaan yang teramat.

Kemudian dia bingkas bangun, pertama yg dilakukan adalah mencium logo bendera Malaysia yang terjahit pada bajunya, kemudian dia meluru kearah coach kesayangannya, Misbun Sidek, melompat penghadang untuk memeluk Misbun Sidek yang dikatakan sudah menurunkan seluruh keringat dan ilmu untuk melatih student kesayangannya ini yang berpotensi besar, berdisiplin tinggi dan mempunyai aim/azam yang cukup mengkagumkan.

Surah Yusuf: Pengkisahan yg cukup indah

Filed under: My Thoughts — nixk May 25, 2008 @ 4:48 am

“Pengkisahan Nabi Yusuf didalam Surah Yusuf cukup mengkagumkan. Subhanallah”

“Bahasa yang diturunkan seolah-olah Allah ingin mengajar bagaimana menulis sesuatu kisah dengan gaya penulisan terbaik”

Saya terus mendengar penceramah membentangkan hujah-hujah di depan sana. Pakar dalam bidang penulisan itu sedang memberi tips-tips menulis menggunakan gaya dan melodi surah Yusuf. Saya terdiam kerana kagum dengan kajian yang dikemukakan, walahal saya ini senantiasa mentadarus surah Yusuf itu, tetapi lansung tidak endah terhadap gaya tulisan dan cara penceritaan oleh Tuhan Semesta Alam.

“Menggunakan kronologi yang berterusan, watak dari usia kecil sehingga dewasa, tanpa sebarang flashback ke belakang, membuatkan jalan cerita surah ini cukup indah.”

Kita mudah sahaja terpengaruh dgn gaya penceritaan oleh filem-filem Bollywood dan Hollywood yang suka memusingkan para penonton ke ulangan kisah silam (atau dikenali sebagai flashback), sehingga masing-masing berlumba-lumba untuk menerapkan jalan cerita ala ‘flashback ‘ ini didalam novel masing-masing, sedangkan diajar satu persatu di dalam Surah Yusuf ini, ianya harus bermula dgn kronologi masa yang berturutan tanpa ulangan kisah silam seperti “flashback” itu.

Sempena Hari Ibu

Filed under: Life Log — nixk May 13, 2008 @ 8:05 am

Pagi ini, aku bangkit dari lena. Perlu bangkit seperti sediakala. Mencari sesuap rezeki untuk melampias nafsu duniawi.

Kebetulan, hari ini adalah hari isnin,dan sebetulnya aku kurang selesa dgn kehadiran hari isnin.Untuk menunggu cuti hujung minggu cukup lama.Penantian dari hari isnin untuk sampai kepada hari Sabtu, cukup menyiksakan. Argh! Alangkah indahnya jikalau hanya ada hari Sabtu, Ahad dan Isnin.Cuti di hari Sabtu Ahad dan bekerja di hari isnin,kemudian cuti kembali. .

Hari ini, masuk 2 minggu aku menunggu result hasil interview di IPTA tempoh hari. Berjaya memasuki 2nd interview adalah satu ‘pride’ bagi seseorang yg hanya memiliki ijazah sarjana muda ini tatkala dikiri kanan terdapat mereka yg memiliki sijil master yg juga hadir di sessi interview pertama.Aku berjaya melepasi halangan interview yg pertama dan dipanggil untuk menghadiri untuk interview kedua.Bersaing lagi bersama mereka-mereka ini semua.The best of the best, akan dipilih.Titik.

Mengundi Di Kelantan-Suasana Berbeza!

Filed under: Life Log — nixk March 10, 2008 @ 5:47 am

Terima kasih pada semua pengundi2 Barisan Alternatif. Kita cuba buat sedikit perubahan politik Malaysia dan mengenakan tekanan kepada kepimpinan Pak Lah supaya tidak mengambil mudah urusan negara terutama melibatkan kenaikan minyak yang boleh memberi kesan mendadak pada ekonomi negara.

Saya yakin,dengan peringatan rakyat ini, Pak Lah tidak akan berani untuk menaikkan harga minyak dlm tempoh 5 tahun ini.Percayalah, undian anda itu bijak dan sedikit sebanyak telah menekan pemerintah supaya tunduk kepada rakyat, sebagaimana kata V Vendeta “People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people”. cool.gif

Selepas bertungkus lumus di mengerjakan beberapa urusan penting sampai kul 11 pagi, saya bergegas balik ke Kelantan (dimana address undian saya tidak dipindahkan lagi ke KL dlm SPR).

Ramalan Politik Pilihanraya 2008

Filed under: My Thoughts — nixk February 13, 2008 @ 11:16 pm

Sekadar ingin mencebur diri dalam sedikit analisa politik tanah air.

Mengikut pengamatan saya, pilihanraya kali ni, Kelantan masih lagi dipegang oleh Parti Tok Guru Nik Aziz iaitu PAS.Analisis menunjukkan, kali ini kesilapan Umno didalam rangka strategi merampas Kelantan yang paling ketara ialah perlantikan Anuar Musa sebagai ketua Umno di negeri Kelantan, memandangkan majoriti rakyat kelantan sebenarnya lebih menyukai stail Mustapha Mohamad yg lebih friendly, imej yang lebih bersih dan lebih sopan santun berbanding Anuar Musa yang agak biadap dan mempunyai rekod yang agak ‘tercemar’ kerana disyaki terlibat dalam kes kehilangan duit rakyat harta rakyat miskin PPRT.

Pilihanraya lepas, PAS nyaris kalah kepada BN di Kelantan adalah disebabkan oleh rakyat Kelantan suka untuk melihat kepimpinan Mustapha Mohamed.Cuma agak kesal setelah penat lelah Mustapha Mohamed itu dibalas dgn perlantikan Anuar Musa sebagai ketua pembangkang di Kelantan dan merangkap ketua BN di Kelantan, padahal kejayaan BN di kelantan pada masa itu disebabkan Mustapha Mohamed.

Protected: Itu dia bidadari sedang datang!

Filed under: Life Log — nixk February 5, 2008 @ 8:04 am

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Popularity: 73% [?]

Next Page >>>